Monday 22 December 2008

SEJARAH PERTUBUHAN PENGAKAP DAERAH TEMBURONG


Persatuan Pengakap Ddarah Temburong ((PPDT)) diasaskan oleh Yang Mulia Cikgu Muhammad Salleh bin Arshad. Beliau telah menubuhkan satu pasukan Pengakap pada pertengahan tahun 1950an. Tetapi Pergerakan tersebut kurang menonjol dan aktif memandangkan beliau sendiri tidak menetap di Daerah Temburong.

PPDT mula bergiat aktif pada tahun 1974 yang mana satu Jamboree Kebangsaan telah diadakan di Taman Batang Duri Mukim Amo di Daerah Temburong. Pada Jamboree tersebut, semua Persatuan Pengakap di Negara Brunei Darussalam telah ikut serta dalam Jamboree tersebut berjalan selama seminggu.

Jamboree tersebut adalah sebagai perintis pergerakan PPDT. Setelah seorang anak jati Temburong dilantik menjadi Persuruhjaya Pengakap Daerah iaitu Yang Mulia Haji Awang Ayub bin Jamahat. Pada masa beliau dilantik menjadi Persuruhjaya Pengakap Daerah, barulah Pergerakan Persatuan Pengakap di Daerah Temburong dapat ditonjolkan dengan penubuhan Pasukan Pasukan iaitu pasukan dari Sekolah Sekolah Rendah. Dibawah kepimpinan beliau, 5 buah pasukan telah berjaya dibuka dan dari sini juga lah menjadi titik tolak permulaan perkhemahan perkhemahan dan aktiviti aktiviti PPDT. Antaranya adalah perkhemahan di Kpg Belais, Perkhemahan Daerah di Batang Duri ((juga dijemput Pasukan Pasukan dari Daerah Daerah lain)), Pembinaan Ibu Pejabat PPDT di Kpg Lekiun disamping aktif mengikuti perkhemahan perkhemahan dan aktiviti yang dijalankan oleh Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam ((PPNBD)). Para pemimpin pemimpin juga semakin bertambah dan diberikan kursus kursus pengenalan am, asas dan lanjutan Manik Kayu. Beliau menjadi Persuruhjaya Pengakap Daerah Temburong bermula dari tahun 1974 hingga 1998 dan bermula dari tahun itu beliau telah dilantik menjadi Yang Di-Pertua Persatuan Pengakap Daerah Temburong sehingga tahun 2005. Selepas itu beliau telah diganti oleh seorang lagi anak tempatan iaitu Yang Mulia Cikgu Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba. Beliau dilantik menjadi Persuruhjaya Pengakap Daerah PPDT bermula pada tahun 1998 hingga tahun 2005.

Semasa beliau memegang jawatan tersebut, banyak kemajuan dan peningkatan yang telah dapat dicapai oleh Persatuan ini diantaranya perkhemahan perkhemahan, penubuhan pasukan pasukan baru di sekolah sekolah rendah, penambahan ahli yang ramai, aktiviti aktiviti kemasyarakatan, melibatkan diri dalam acara acara yang dianjurkan oleh Jabatan Jabatan Kerajaan dan Swasta yang berkenaan. Setelah beliau memegang jawatan sebagai Persuruhjaya Pengakap Daerah selama 7 tahun, beliau telah diberi penghormatan oleh PPNBD menjadi Yang Di-Pertua Persatuan Pengakap Daerah Temburong bermula dari tahun 2005 hingga sekarang.

Sekarang jawatan tersebut dipegang oleh Yang Mulia Cikgu Haji Rahman bin Merusin dari tahun 2005 hingga sekarang. Dan pada masa ini beliau meneruskan segala rancangan yang telah dirintis oleh Persuruhjaya Persuruhjaya sebelum beliau berdasarkan pengelaman dan idea idea baru, beliau terus bersama dengan Persatuan Pengakap Daerah ini mempertingkatkan usaha bagi memajukan dan menjayakan PPDT.