Tuesday 10 February 2009

AKTiViTi TAHUNAN PPDT : Menerokai & Mengembangkan Potensi Potensi Hobi


Seramai lebih kurang 30 ahli ahli Persatuan Pengakap Daerah Temburong hadir bagi mengikuti ceramah mengenai ‘Menerokai dan Mengembangkan Potensi Potensi Hobi’ yang disampaikan oleh Penceramah Undangan Trainer dari Exceltrac Training And Services, Awang Abd Rahman bin Haji Abd Rahim Adany yang bertempat di Dewan Bukit Retak, Pusat Belia dan Sukan Daerah Temburong pada 6hb Febuari 2009 yang lalu.


Aktiviti ceramah bagi pasukan pasukan berunifom seperti ini akan dapat membuka minda mereka mengenal hobi yang paling mereka minati dan dapat membantu mereka berusaha membuka peluang untuk bisnes melalui hobi pilihan mereka dan setentunya hobi tersebut tidak bertentangan dengan ugama dan hobi yang dilakukan tidak merugikan orang lain.




Melalui ceramah Motivasi dan Hobi Berekonomi bagi Ahli Ahli Pengakap dapat mencungkil hobi yang bersifat positif dalam diri mereka dan kefahaman untuk melaksanakan dan prolehi manfaat kepada mereka kerana hal berekonomi ini memang seharusnya dipertekankan seawal ini sebagai persediaan hidup mereka. Persediaan hidup mereka bukan saja dalam berpengakap malah dalam hal perekonomi untuk memberikan asas kepada mereka dan juga Ahli Ahli Pengakap dapat membuat atau melaksanakan mana mana jua yang terdapat di dalam skim skim berpengakap yang berhubung kait dengan Undang Undang Pengakap. Ini juga dapat memberi sedikit pengetauhan kepada anak anak supaya berjimat cermat dan juga kepada Pemimpin Pemimpin mahupun Penolong Penolong Persuruhjaya bagi persediaan mereka di masa akan datang sekiranya mereka sudah bersara dan juga tidak berkerja lagi.



* Pesuruhjaya Pengakap Daerah Temburong di temubual oleh reporter bahagian Radio*

*temu bula bersama penyampai Rampai Pagi*

No comments: