Friday 13 February 2009

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AHLI PENGAKAP YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN PSR,PMB & 'O' LEVEL

Bukan sahaja di dalam bidang ilmu berpengakap yang dipertekankan atau diajar kepada ahli ahli Pengakap yang masih sekolah namun dalam perkembangan dan kejayaan mereka dalam pembelajaran juga adalah menjadi tangungjawab bersama Persatuan Pengakap di Daerah Temburong.

Seramai 32 orang Ahli Persatuan Pengakap Daerah Temburong telah menerima sijil pada 13hb Feb 2009 lalu yang mana seramai 17 orang ahli pengakap lulus dalam peperiksaan PSR, PMB seramai 12 orang dan ‘O’Level seramai 3 orang dalam Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ahli Pengakap yang menduduki Peperiksaan PSR, PMB dan ‘O’ Level bagi tahun 2008 bertempat di Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar. Penyampaian sijil tersebut disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Dipertua Majlis Daerah Persatuan Pengakap Daerah Temburong, Skip Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba. Adapun majlis tersebut diadakan adalah salah satu rancangan tahunan bagi persatuan pengakap khususnya untuk memberikan galakkan kepada ahli ahli yang masih menuntut di sekolah, dengan adanya cara sebegini jelas bahawa Persatuan Pengakap Daerah Temburong sama sama memeduli kejayaan ahli ahli Pengakap terutama dalam bidang pelajaran mereka, ahli ahli yang bepelajaran merupakan warga negara yang berguna dimasa akan datang.

Di dalam berpengakap semua Pemimpin Pasukan Pengakap mengajarkan ilmu pengakap yang boleh membentuk rohani, fizikal dan mental mereka tetapi ilmu akademik pelajaran tidak sekali diabaikan oleh kerana perkembangan pembelajaran dan kejayaan mereka adalah satu kejayaan bagi Persatuan Pengakap Daerah Temburong.

*Yang Dipertua Majlis Daerah Persatuan Pengakap Daerah Temburong, Skip Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba*






*ibu bapa ahli Pengakap juga turut hadir*












No comments: