Tuesday 3 February 2009

WALKATON & DERMA PALESTINE


Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi pergerakan sukarelawan, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda secara fizikal, intelek, social dan rohani serta tanggungjawab bagi memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal dan mengadakan aktiviti pratikal di luar rumah agar mereka dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat seperti aktiviti berjalan kaki dan kutipan derma rakyat Palestine yang diadakan pagi 25 Januari 2009 yang lalu.


Aktiviti berjalan kaki ini sempena sambutan majlis Maal Hijrah yang mana salah satu kerja tahunan Persatuan Pengakap daerah tersebut. Aktiviti berjalan kaki ini disertai oleh Penasihat Majlis Perundingan Kampung, Awg Haji Osman bin Haji Ahad, ; Pegawai Pengajian Islam, Awg Haji Meramit bin Haji Damit; Ketua Kampung Puni, Pengiran Alias bin Pengiran Perdana Cheteria Laila Diraja Sahibul Nabalah Pengiran Haji Damit, Persatuan Pengakap Daerah Temburong, ibu bapa ahli pengakap dan penduduk penduduk kampong Puni dan Hujung Jalan. Peserta peserta berlepas dari Kampung Hujung Jalan dan berakhir di Padang Sekolah Rendah Puni yang dilancarkan oleh Penasihat Majlis Perundingan Kampung, Awg Haji Osman bin Haji Ahad. Aktiviti berjalan kaki seperti ini memberi peluang kepada peserta peserta walkaton untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan mereka walaupun hanya dengan berjalan kaki.








Pada masa yang sama juga ke atas rasa simpati dan kesedaran yang tinggi dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin dari segi kewangan di samping memupuk nilai nilai murni di kalangan ahli ahli pengakap supaya belajar sifat bermurah hati seperti visi yang diinginkan oleh Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam untuk menyumbang, membantu, membentuk, menjadikan dan mengwujudkan dunia yang lebih baik dalam membantu orang ramai bukan saja di dalam negara mahupun di luar negara dalam sama sama memberikan pertolongan murni ini bagi meringankan beban rakyat Palestin.








Acara diselajurkan dengan penyamapian sijil penghargaan kepada pemimpin, pengakap tunas dan ibu bapa ahli pengakap yang bergiat aktif mengikuti aktiviti berpengakap. Skipper Ronnie bin Siabu menerima sijil penghargaan sebagai pemimpin pengakap yang paling aktif dalam berpengakap. Manakala Awang Jamil bin Haji Yahya menerima sijil penghargaan sebagai ibubapa kepada ahli pengakap tunas yang paling aktif dalam memberikan sokongan dan galakkan kepada anak anak mereka dalam bidan berpengakap dan Awang Abdul Manan bin Haji Zakaria menerima sijil penghargaan sebagai pengakap tunas yang paling aktif dalam berpengakap di dalam Persatuan Pengakap Daerah Temburong.






No comments: